Mungkin Tuhan menghadirkan untuk akhirnya menjauhkan,
Segala perasaan yang dibenih dibina akhirnya dicampak sejauh lautan.


Bagaimana insan mampu memahami takdir setiap ciptaan
Menyelusuri jalan yang disajikan duri keperitan
Dihanyutkan ombak kebahagian, 
Dan akhirnya ditarik satu persatu senyuman melalui pusar yang maha dahsyatnya.


Dan sekali lagi, Tuhan mentaqiqkan kewujudanNya dengan hamparan ujian
Insan mengesot ke tepian
Meminta minta kasihnya Tuhan dalam deraian air mata yang tiada pengakhiran


Kata orang, ujian itu untuk menguatkan dan bukan untuk menyakitkan.
Sini, biar saja insan membakar tubuh didalam relung api yang merebak
Memakan sesiapa sahaja yang dilingkungan dengan amarah merah
Penuh darah
dan akhirnya menjadi nanah
yang memamah kulit manusia dari lapis ke lapis
dan terus diletakkan ke dalam tanah


Tika itu, 
perhitungannya antara insan dan Tuhan
dan bukan lagi engkau, hey manusia yang tak berperikemanusiaan.

Comments

Popular posts from this blog

A Babe

Count your blessings

Letters