Posts

Showing posts from May, 2016
Mungkin Tuhan menghadirkan untuk akhirnya menjauhkan, Segala perasaan yang dibenih dibina akhirnya dicampak sejauh lautan. Bagaimana insan mampu memahami takdir setiap ciptaan Menyelusuri jalan yang disajikan duri keperitan Dihanyutkan ombak kebahagian,  Dan akhirnya ditarik satu persatu senyuman melalui pusar yang maha dahsyatnya. Dan sekali lagi, Tuhan mentaqiqkan kewujudanNya dengan hamparan ujian Insan mengesot ke tepian Meminta minta kasihnya Tuhan dalam deraian air mata yang tiada pengakhiran Kata orang, ujian itu untuk menguatkan dan bukan untuk menyakitkan. Sini, biar saja insan membakar tubuh didalam relung api yang merebak Memakan sesiapa sahaja yang dilingkungan dengan amarah merah Penuh darah dan akhirnya menjadi nanah yang memamah kulit manusia dari lapis ke lapis dan terus diletakkan ke dalam tanah Tika itu,  perhitungannya antara insan dan Tuhan dan bukan lagi engkau, hey manusia yang tak berperikemanusiaan.

Rasa

Di tengah dingin malam, Di akhir sujud, Lama menyembah bumi, Dekat dengan Tuhan Aman dan damai. Dalam gelap hitam, Berteleku penuh pengharapan, Tangisan dan keperitan, Terluah tanpa penahanan. Tuhan, padaMu jualah ketenangan. Kepala yang ligat memikirkan, Pengetahuan yang terbatas, Rasa yang tak pernah terpadam, Engkau Maha Tahu. Tuhan, Hikmah dibalik kejadian, Keterangan pada kesuraman, Cahaya pada pengakhiran, Sunyi dan sepi kehidupan, PadaMu dina meluahkan. Ampunkan debu dosa yang melilit, Ampunkan amal yang hangus terbakar, Ampunkan lidah yang tajam berkata. Terima kasih Tuhan, atas sehari lagi kehidupan.