Count your blessings

Bismillah.


Sitting on the sofa while listening to my favorite song, slow rhythm flowing through my ears. Ouh peacefully. The rhythm just perfectly touched my heart. 
I been thinking to all good times I've been through. The all sweet moments in my life. But suddenly I remember this one thing. This one bad thing happened to me long time ago.



Ingat lagi dulu masa 6 tahun rasanya, my friends and I were cycling and I accidentally knocked down. Terseret dekat jalan tar untuk beberapa meter sebab masa tu tengah turun dari jalan berbukit jadi terseret dia agak jauh. Berdarah-darah muka, tangan, kaki semualah. Sakit.
Masa tu dah takut. Bukan takut ada patah mana mana part tapi takut kena marah dengan mama. 


Sebab takut saya tak balik rumah terus tapi pergi rumah orang jaga dulu. Bila mak (panggilan untuk orang jaga saya) tengok saya dah berdarah apa semua dia pun terkejutlah sebab saya tak pernah macam ni. Saya bukan budak yang selalu duduk luar main pondok pondok semua. Tak saya tak macam tu. Saya jarang keluar rumah. So, back to the story, mak pun letakkan minyak semua dekat badan saya. Sakit.



Masa tu dah Maghrib dan mungkin sebab mama pelik kenapa saya tak balik lagi, abah pun datang rumah mak nak ambil saya. Bila abah tengok saya macam tu, abah tanyalah kenapa. Abah chill je ^^ Pastu terus bawak balik rumah. Bila mama tengok, mama terkejut terus panik tanya kenapa semua. Marah tu adalah jugak sikit. But saya tak rasa itu marah, cuma risau yang sampai tahap maksima ! Gitewww.Taaaaaaapi saya mana larat nak cakap apa apa sebab masa tu dagu macam kebas sangat.



So I ended up dengan masuk bilik, baring atas katil dan terus tidur dengan nyenyak tanpa menghiraukan segala kekecohan apatah lagi huru-hara sampai esok pagi. Haha.
Esoknya my parents bawak pergi clinic untuk check mana yang patut kot kot ada yang patah ke hape kan tapi Alhamdulillah, semuanya okay. Maka, beransurlah saya ke rumah dengan penuh gumbira. Tapi tetap dagu tangan semua kebas. Ouh penangan jatuh basikal!



Lepas dua hari cuti, so dengan penuh bersemangat saya pergi tadika. Dengan pakaian uniform tadika yang comel colour putih merah dekat collar siap ada corak kotak-kotak kecil dengan stokin bertakhtah ribbon parat betis dan rambut ditocang dua, maka masuklah saya dari pintu depan tadika dengan muka yang ditekap kapas dan plaster dekat bahagian dagu sebab masih bleeding dengan penuh slumber lagi bergaya ewaah. Semua dah pelik tengok aii cemtu. Aii macam nak jerit kekuat je cakap tayah ah tengok aii cemtu tau lah kiut. Hwehwehwe :D



As time flies by, saya masih hidup, Alhamdulillah. Allah boleh takdirkan saya terus mati pada waktu tu, tapi Dia masih memberikan nafas pada saya sehingga hari ini. Maka harus kata apa selain Alhamdulillah. 12 tahun yang banyak sakit perit yang terpaksa ditelan. Walau banyak pahit tapi lagi banyak manisnya. Sebab sungguh, nikmat Allah itu tak berpenghujung dan tak mampu untuk dihitung. Tetiba rasa selama ni lagi banyak merungut dari banyak beryukur. Lagi banyak meminta dari banyak memberi. Sedangkan Allah panjangkan umur saya bukan sia-sia tapi sepatutnya lebih memanfaatkan usia untuk sesuatu yang besar, lebih berguna. Syukur sebelum jadi kufur Sofea.


Nikmat yang paling besar - Iman dan Islam


Terima kasih Allah sebab masih izinkan hidup. Terima kasih Allah sebab masih bagi kesihatan yang berpanjangan. Terima kasih Allah sebab masih lagi bagi badan yang tanpa cacat mahupun cela. Terima kasih Allah untuk nikmat Iman dan Islam yang Kau beri. Terima kasih kerana aku dilahirkan sebagai umat Muhammad. Terima kasih Allah untuk semuanya :')



"I've seen better days, but I've also seen worse. I don't have everything I want, but I do have everything I need. I woke up with some aches and pains, but I woke up. My life may not be perfect, but I am blessed"



Comments

Unknown said…
Wat la lagi bende tu. Kan bosan dduk umah~~~ joking lolz!!!
Sofea Johari said…
Trolololololololollololo

Popular posts from this blog

A Babe

Letters