Posts

Showing posts from October, 2013

Percaya

Image
Hidup ini benar-2 Allah akan uji Sampai engkau terduduk menyembah Bumi Tapi jangan lupa kalam Ilahi Dia tak uji selain kau mampu tangani Percaya, itu kunci.

Silence

Image
Dan sungguh kau tak tahu betapa aku usaha untuk itu Jangan soal tentang payah kerana aku cukup lelah Jangan bicara soal susah kerana sungguh memang tak mudah Jangan bicara soal kecewa kerana aku selalu putus upaya Sabar memang keperluan Tapi jangan hipokrit untuk kata itu perkara mudah Jujur, kalau kau laluinya, kau tahu perit derita yang aku rasa Jangan bebas menghukum bila Allah tak uji engkau dengan itu Percaya pada ketentuan Dia yang entah bila Aku tak mampu soal takdir Dia kerana aku cuma hamba Yang aku mampu buat cuma jalani rencanaNya Aku cuma perlu percaya Dia Perancang Terhebat Dunia  Aku tak mampu tolak semua perasaan Aku tak mampu kata aku kuat bila sejujurnya aku tak Tapi sungguh, aku belajar untuk sabar Kerana sungguh, aku hanyalah pendosa tanpa nokhtah.